Yahudi dan Islam menyembah Tuhan yang sama

VIVA – Agama Islam dan Yahudi dianggap sebagai agama Ibrahim atau sebuah kepercayaan yang berakar kepada Nabi Ibrahim/Abraham. Sejarah pergulatan yang panjang akan membuat kedua penganut agama ini menyimpan perasaan yang saling tidak enak. Keadaan yang terjadi di Timur Tengah, tepatnya Palestina dan Israel semakin memperparah permusuhan antara kedua agama ini.

Menjadi agama yang bersumber dari Nabi Ibrahim, ternyata Islam dan Yahudi mempunyai beberapa persamaan dan perbedaan. Segala kesamaan tersebut harus bisa membuat penganut kedua agama ini lebih berdamai dan bersaudara, sebab sesungguhnya akar dari kedua agama ini juga satu. Nah, untuk kamu yang penasaran dengan persamaan dan perbedaan agama Islam dan Yahudi, simak ulasan berikut ini yang disadur dari diffen.com.

1. Menyembah Satu Tuhan

Islam dan Yahudi dipandang sebagai agama monoteisme atau agama yang hanya menyembah satu Tuhan. Tidak ada yang lain yang disembah kecuali Tuhan yang satu tersebut. Kedua agama ini yakin bahwa Tuhan tidak bereinkarnasi ke dalam bentuk siapa saja. Hingga kini, orang Yahudi tidak mempunyai nama personal yang pasti untuk Tuhan.

Penganut Yahudi juga ‘enggan’ untuk mengatakan atau menulis nama Tuhan. Maka dari itu, mereka kerap menulisnya dengan G-d untuk God atau YHWH untuk Yahweh, yaitu nama Tuhan untuk tradisi Yahudi. Agama Islam sendiri percaya bahwa umat Yahudi menyembah Tuhan yang sama dengan Tuhan umat Islam. Sedangkan umat Yahudi secara umum juga yakin bahwa muslim juga menyembah Tuhan yang sama dengan mereka.

2. Kewajiban Khitan

Adakah umat Kristian, Muslim dan Yahudi menyembah Tuhan yang sama?
Oleh Rev. Fr. Francois Knittel

(Diterjemahkan daripada Majalah Christendom Bil. 14)

“Kristian dan Muslim, kita berkongsikan banyak perkara yang sama, sebagai suatu umat dan juga sebagai manusia biasa (…) Kita percaya akan Allah yang sama, Allah yang Satu, Allah yang hidup, Allah yang mencipta dunia dan Allah yang memimpin ciptaan-Nya ke arah kesempurnaan.” [Ucapan Yohanes Paulus II semasa Perjumpaan Dengan Belia Muslim Muda di Stadium Casablanca, Ogos 19, 1985. Kecuali dinyatakan sebaliknya, dokumen papal dipetik daripada www.vatican.va]

Teks ini merupakan ucapan oleh Yohanes Paulus II kepada belia Morocco pada Ogos 1985. Dia sebenarnya mengulangi ucapan dasar yang pernah diberikan kepada komuniti Ibrani (Hebrew) di Mainz tentang dialog Judeo-Katolik:

“Pertama-tama sekali, ia merupakan satu persoalan tentang dialog antara dua agama – bersama-sama dengan Islam – yang berupaya memberikan kepada dunia satu iman dalam Allah Yang Mahakudus yang bercakap kepada kepada kita dan kepada Dia yang kita sembah atas nama dunia.“

Mengikut pemikiran Yohanes Paulus II, ia membayangkan bahawa agama Kristian, agama Yahudi dan agama Islam menyembah Allah yang sama. Dapatkah kita membuat inferens bahawa semua agama menyembah Allah yang sama? Amalan mengadakan mesyuarat keamanan antara agama (mesyuarat pertama seperti ini telah diadakan di Asisi pada Oktober, 1986) seolah-olah menyokong idea ini.

Tanpa berasa ragu-ragu, doktrin seperti ini, yang disokong dengan tindakan atau amalan yang amat menyakinkan, jika dipandang sekali imbas, kelihatan amat menarik untuk kita dalam zaman moden ini. Walaupun begitu, dapatkah doktrin ini bertahan atau diterima pakai jika diselidiki menggunakan ‘common sense’ (I) dan iman Katolik (II)? Kita akan menyiasat perkara-perkara ini dahulu, sebelum menjawab beberapa persoalan atau bantahan lain (III).

I. Common Sense
Oleh kerana didesak oleh keinginan untuk mewujudkan kesatuan (unity) dan juga untuk menamatkan sebarang pertikaian yang tidak ada kesudahan di antara kebenaran (truth) dan kesilapan (errors), ramai di antara ahli pemikir moden yang mewujudkan satu gagasan kebenaran yang serasi dengan pemikiran mereka iaitu: Tidak ada sesiapa pun yang mampu memiliki keseluruhan kebenaran. Dalam konteks keagamaan, idea ini dinyatakan dengan cara ini: semua agama mengajar kita tentang Allah, tetapi daripada pandangan yang berbeza-beza dan saling melengkapi. [Editor: Adakah ajaran atau pendapat ini benar atau palsu?]

1.1 Penolakan Prinsip Tanpa-Kontradiksi

Jika kita menerima pakai pendapat tersebut, maka ia bermaksud bahawa kita telah memusnahkan kebolehan manusia untuk menggunakan akal dan bertutur. Sama ada kebenaran-kebenaran ini hanya merupakan pecahan-pecahan daripada keseluruhan kebenaran, tidak berkontradiksi dan saling melengkapi antara satu sama lain untuk memberikan kita ilmu atau pengetahuan mendalam tentang alam sebenar (realiti); atau kebenaran-kebenaran ini sebenarnya saling bertentangan dan salah satunya adalah kesilapan (atau palsu).

Dari segi pemikiran logik: dua pernyataan yang menceritakan perkara yang sama, jika dilihat dari dua sudut yang berbeza, boleh menjadi benar pada masa yang sama. Sebaliknya, jika dua pernyataan yang bertentangan maksud, dan dilihat dari sudut yang sama, maka pernyataan-pernyataan itu tidak boleh diterima sebagai kedua-duanya benar kerana salah satu pernyataan itu haruslah menjadi palsu.

Sebagai contoh: jika saya menyatakan bahawa kereta saya berwarna biru kepada seorang teman yang juga menyatakan bahawa kereta saya berjenama Cadillac, maka pernyataan kami kemungkinan kedua-duanya benar. Tetapi jika saya membuat penegasan bahawa kereta saya berwarna biru dan teman saya itu tidak bersetuju, maka salah seorang daripada kami mestilah silap.

1.2 Agama Secara Umum

Susulan daripada itu, apakah yang dapat kita perhatikan antara pelbagai agama dunia yang berbeza? Secara amnya, kita bersetuju bahawa agama-agama ini saling bertentangan dalam banyak perkara pokok doktrin masing-masing.

Fr. Garrigou-Lagrange telah membuat pemerhatian ini: “Terdapat banyak perbezaan dan pertentangan ajaran di antara agama-agama dunia yang pelbagai:

a) Kepercayaan kebenaran: antara polytheism, pantheism dan monotheism; seperti mana agama Kristian mengajar tentang ketuhanan (divinity) Yesus Kristus, dan ajaran ini ditentang oleh agama Yahudi dan Islam; seperti mana juga umat Protestan mengakui atau menolak kekebalsalahan (infallibilty) Gereja.

b) Doktrin: poligami dan perceraian dibenarkan dalam banyak agama tetapi menjadi larangan bagi yang lain; dalam situasi yang serupa, berpoligami dan bercerai tidak boleh diterima sebagai sah (licit) dan tidak sah (illicit) pada masa yang sama.

c) Kaedah bersembahyang: di antara kaedah bersembahyang, ada yang asli dan jujur, sementara selebihnya pula bersifat ‘kebinatangan’ dan memalukan. Ia amat merosakkan jika kita memperkatakan bahawa Allah menerima semua agama dengan adil dan saksama walaupun satu agama mengajar kebenaran manakala yang satu lagi mengajar kepalsuan, yang satu menjanjikan kebaikan manakala yang satu lagi kejahatan. Untuk mengatakan sedemikian, bermakna kita percaya bahawa Allah tidak membuat apa-apa perbezaan atau langsung tidak memperdulikan antara kebaikan dan kejahatan, antara kejujuran dan yang merosakkan maruah.

Dengan sedikit penghayatan dan penggunaan common sense menunjukkan bahawa setiap agama mempunyai dogma-dogma asas masing-masing yang saling berkontradiksi (bertentangan) dan tidak mungkin dapat disatukan. Dalam hal ini, kita harus membuat pertimbangan serius tentang agama Islam dan Yahudi.

1.3 Islam

Apakah yang diajar oleh agama Islam mengenai ajaran-ajaran asas iman Katolik?

  • Triniti : “Certainly they disbelieve who say: Surely Allah is the third (person) of the three” [Koran 5,73] ; “Say not, Three. Allah is only one God; far be It from His glory that He should have a son” [Koran 4-171]
  • Inkarnasi: “Surely the likeness of Jesus is with Allah as the likeness of Adam; He created him from dust, then said to him, Be, and he was.” [Koran 3,59] ; “The heavens may almost be rent thereat, and the earth cleave asunder, and the mountains fall down in pieces, that they ascribe a son to the Beneicent God.” [Koran 19,90-91]
  • Penyaliban dan Penebusan: “And their saying: Surely we have killed the Messiah, Jesus son of Mary, the apostle of Allah; and they did not kill him nor did they crucify him. But they substituted another man who looked like him.” [Koran 4,157]

Doktrin Islam dengan jelas adalah bertentangan dengan iman Katolik. Bagaimanakah ajaran seperti ini dapat mengajar kita bahawa kita (tanpa mengira agama Islam atau Kristian) menyembah Allah yang satu dan sama?

Profesor Roger Arnaldez menekankan perkara ini apabila beliau mengajar tentang monotheism (kepecayaan akan satu Tuhan sahaja), menulis:

“Atas nama monotheism, kita mencampuradukkan kesemuanya, bahawa hanya ada satu Allah, dan semua orang mempercayai pegangan ini. Persoalan pokoknya ialah: SIAPAKAH Allah yang satu ini? Persoalan asas ini telah disingkirkan kerana kita telah memujuk diri kita sendiri supaya mempercayai bahawa KESATUAN merangkumi segalanya. Akibatnya, konsep monotheism menjadi hancur, dan diberi pengertian baharu iaitu monotheism tidak lagi bermakna apa-apa kecuali ia hanyalah merupakan satu label yang mengklasifikasikan kesemuanya menjadi satu.“

“Mari kita andaikan: ada seorang lelaki yang yakin bahawa batu utama imannya ialah satu Allah dan menyatakan kepercayaannya itu dalam doa-doanya setiap hari. Adakah kita berhak untuk tidak memperakukan kebenaran kepercayaan agamanya kerana dia seorang monotheist? Bagaimana pula mereka yang bergelar theists [mereka yang percaya kepada banyak tuhan]? Para teologi Kristian kerap kali melihat mereka sebagai ‘musuh’, tetapi mereka percaya akan satu Allah: Voltaire [seorang penulis Perancis yang memperkenalkan ajaran Enlightenment (1694-1778)]merupakan seorang monotheist.”

“Namun, adakah anda akan memberitahu saya bahawa, Voltaire menolak sekeras-kerasnya ajaran Kristian: begitu juga dengan Koran yang menolak tiga misteri kepercayaan agama Kristian: Triniti, Inkarnasi dan Penebusan.“

Bercakap dengan lebih terperinci tentang Islam, penulis yang sama meneruskan penghayatannya bahawa:

“Adalah jelas bahawa jika Allah adalah satu dan bukannya ‘truine’ [tiga dalam satu], adalah salah untuk mempertahankan doktrin Triniti. Sebaliknya, jika Allah itu satu dan ‘truine’, maka adalah salah untuk memperkatakan bahawa Allah itu satu dan bukan ‘truine’. Secara logik, tidak mungkin dapat diterima akal argumen yang menyatakan bahawa Allah yang satu dan ‘truine’ adalah sama dengan Allah yang satu dan bukan ‘truine’. Susulan itu, Koran, Sabda Allah, menolak sekeras-kerasnya ajaran Triniti. Satu Allah yang menolak Triniti tidak mungkin dapat ‘bergabung’ dengan Allah yang satu dan ‘truine’.

Jadi, kita harus membuat kesimpulan bahawa kepercayaan Islam tidak sama dengan iman Katolik. Bercakap secara objektif, Katolik tidak percaya akan Allah yang menyerupai Allah Islam.

1.4. Judaism

Bagaimana pula pemikiran tentang Judaism atau agama Yahudi? Memang benar bahawa Judaism era Perjanjian Lama mempersediakan dunia untuk kedatangan Kristus. Ini sebabnya mengapa Allah memelihara orang-orang Yahudi agar dilindungi daripada kepercayaan polytheism dan sentiasa berpegang kepada kepercayaan monotheism.

Tetapi Injil akan mendedahkan kepada kita akan ‘kekayaan’ yang tidak disangka-sangka dalam Allah yang satu ini: iaitu persona-persona dalam Triniti. Misteri Triniti merupakan perkembangan dan pencapaian seturut kehendak Allah akan misteri kesatuan. Akibatnya, kita harus bersaksi bahawa Allah yang satu dalam Perjanjian Lama dan Allah-Triniti dalam Perjanjian Baharu adalah Allah yang satu dan sama.

“Dengan yakin bahawa kita menolak bantahan bahawa Allah yang mendedahkan diri-Nya kepada umat Israel juga mendedahkan diri-Nya sebagai truine. Ini adalah benar, dan ia tidak menghalang Dia daripada menjadi Allah kepada umat Kristian, pertama-pertama sekali kerana Alkitab, tidak seperti Koran, atas alasan yang amat baik, tidak mengajar bahawa Allah bukan ‘truine’. Kedua, wahyu Alkitab, melalui pedagogi alkitabiah, amat mudah untuk kita dipimpin ke arah kepenuhan wahyu Krisitan.“

Allah yang disembah oleh umat Yahudi pada hari ini, adalah Allah yang satu, tetapi Allah mereka amat ‘anti-trinitarian’. Sememangnya, jika dogma Katolik menolak misteri Triniti sebagai “misteri satu Allah dalam tiga persona yang sama rata dan berlainan entiti”, umat Yahudi juga boleh menolak doktrin mereka tentang Tuhan: “misteri satu Allah dalam satu persona”. Jadi, adakah satu atau tiga persona? Jelas sekali, kedua-dua doktrin ini tidak boleh dipersatukan.

Pertentangan ajaran antara Katolik dan Judaism berpunca terutamanya daripada ketuhanan Yesus Kristus, Tuhan kita. Adakah Dia Anak Allah dan Allah? Agama Katolik menjawab: Ya tetapi agama Yahudi menolak ajaran ini sekeras-kerasnya. Jadi, adakah Yesus itu Allah atau tidak? Kita harus membuat pilihan: kedua-dua penegasan ini tidak boleh benar pada masa yang sama.

Penentangan akan Tuhan kita Yesus Kristus dirasai hebat oleh orang-orang Yahudi.

Albert Memmi , seorang umat Yahudi dari Tunisia menulis pada tahun 1962:

“Adakah orang-orang Krisitan ini sedar akan makna nama Yesus, Allah mereka kepada seorang Yahudi? Seorang umat Yahudi yang tidak pernah berhenti mempercayai dan mengamalkan agamanya, akan mendapati bahawa agama Kristian merupakan satu pencerobohan teologi dan metafizikal dalam sejarah, suatu penghujatan Allah, skandal rohani dan subversif?“

“Untuk setiap umat Yahudi, malah orang-orang ahteists sekalipun, nama Yesus merupakan satu simbol yang mengancam, dan ancaman ini sentiasa tergantung di kepala mereka selama berkurun-kurun dan mampu membawa bencana, tanpa mereka mengetahui kenapa atau bagaimana menghalangnya daripada berlaku. Nama ini menjadi sebahagian daripada tuduhan yang tidak berasas dan ‘gila’ apabila dilihat sebagai kekejaman yang menakutkan, yang menjadikan kehidupan mereka menjadi amat sukar. Nama ini akhirnya menjadi salah satu tanda dalam sistem kehidupan mereka yang mengurung mereka, menghakimi mereka dan menyingkirkan mereka.“

“Semoga sahabat Kristian saya memaafkan saya, agar mereka dapat memahami maksud saya dan mengunapakai bahasa mereka sendiri, saya akan berkata bahawa untuk umat Yahudi, Allah mereka (Kristian), adalah Iblis, dan Iblis ini mengikut mereka adalah simbol dan keseluruhan kejahatan, kejam, berkuasa, sukar diterangkan di dunia, dan sentiasa mahu menghancurkan umat manusia…“

Reaksi ibu kepada Edith Stein selepas anaknya memeluk agama Katolik juga menyerupai sikap orang-orang Yahudi zaman sekarang terhadap Yesus Kristus: “Saya tidak mempunyai apa-apa yang menentang Dia … Dia mungkin seorang lelaki yang baik … Tetapi kenapa harus Dia menyamakan diri-Nya dengan Allah?”

Penolakan ketuhanan Kristus merupakan gam atau simen yang mengaitkan orang-orang Yahudi zaman sekarang dengan mereka yang bertanggungjawab menyebabkan Juruselamat dihukum mati:

“Jelas sekali bahawa sesiapa yang membaca Injil akan mengetahui bahawa Yesus dijatuhi hukuman mati oleh umat Sanhedrin atas alasan keagamaan: iaitu menghujat Allah. Seorang lelaki yang tidak layak tetapi memperkenalkan dirinya sebagai Juruselamat dan Anak Allah, adalah menghujat Allah dan sememangnya patut dikenakan hukuman mati. Pada masa sekarang, generasi baru orang-orang Yahudi juga turut serta menolak Yesus sebagai Juruselamat dan Anak Allah. Dengan penolakan ini, secara logiknya, mereka juga terbabit sama dan turut bertanggungjawab menyebabkan Yesus dihukum mati oleh orang Sanhedrin, walaupun mereka tidak menyebut hukuman mati tersebut, malah walaupun kebanyakan mereka tidak terfikir tentang perkara itu.”

Daripada apa yang telah dinyatakan di atas, kita harus membuat kesimpulan bahawa Allah yang disembah oleh umat Katolik dan Allah yang disembah oleh umat Yahudi bukanlah Allah yang sama.

1.5 Pengetahuan Tentang Allah: Lengkap atau Tidak Wujud?

Mari kita membuat andaian bahawa semua agama mengajar kita tentang Allah tetapi dari sudut pandangan yang berbeza dan saling melengkapi. Persoalannya ialah: adakah kita hanya sekadar mampu memiliki pengetahuan yang tidak lengkap (sebahagian atau cetek) tentang Allah?

Santo Thomas mengatakan tidak kerana jika pengetahuan kita tentang realiti hanya sebahagian sahaja (dan selebihnya adalah palsu atau silap), itu bermakna bahawa kita langsung tidak mempunyai pengetahuan tentang Allah! [Editor: Lagipun, bagaimana kita dapat bezakan atau pisahkan antara pengetahuan yang benar dengan yang palsu?]

“Jika mereka (pagan) mempunyai pengetahuan yang bersifat spekulatif (tanpa bukti) tentang Allah, pengetahuan mereka ini bercampur gaul dengan banyak kepalsuan atau kesilapan (errors): ada yang melihat Allah yang berkuasa atas segala ciptaan, yang lain pula melihat Allah sebagai jiwa dunia, dan banyak pula yang menyembah banyak allah pada masa yang sama. Untuk alasan ini, kita dapat katakan bahawa mereka tidak mengenali Allah.”

“Jika keseluruhan realiti hanya sekadar diketahui sebahagian sahaja dan baki sebahagian lain pula tidak diketahui: ia menjadi suatu pertentangan, kerana perkara termudah (atau asas) tidak mungin dan tidak dapat diketahui jika ia tidak difahami sepenuhnya. Oleh yang demikian, jika pengetahuan kita tentang Allah terdapat (walaupun) sedikit kesilapan, itu bermakna kita langsung tidak mengetahui Allah.”

Tanpa mengetahui siapa Allah sebenarnya, mereka yang tidak mengenali Allah tidak mungkin dapat menyembah-Nya. Pendapat yang mengatakan bahawa semua agama menyembah Allah yang sama tidak dapat diterima berdasarkan ‘common sense’ kerana kita memiliki ‘common sense’ yang sama.

Tambahan lagi, bagi umat Katolik pendapat ini dilihat sebagai menghujat Allah (blasphemous) kerana ia bermakna bahawa Yesus Kristus adalah penyelamat palsu da segala ajarannya adalah bohong semata-mata.

2. Iman Katolik

Apabila kita bersemuka dengan Katolik, kita mestilah menukar cara kita berdebat. Sememangnya untuk membuahkan hasil yang baik, argumen kita haruslah berdasarkan prinsip-prinsip umum. Apabila bersemuka dengan orang-orang pagan, argumen kita haruslah berdasarkan kepada ‘reason’ (akal). Sementara itu, kita haruslah berpegang kepada Perjanjian Lama jika bersemuka dengan orang-orang Yahudi, dan merujuk kepada Alkitab jika bersemuka dengan umat Protestan, schismatics dan Katolik.

Sekarang, apakah yang dibaca oleh umat Katolik daripada Perjanjian Baharu? Semua ajaran Kristus menegaskan perlunya semua orang melalui Dia untuk sampai kepada Bapa. Pengetahuan tentang Yesus Kristus dan ketaatan kepada ajaran-Nya bukanlah suatu yang menjadi pilihan tetapi merupakan suatu keharusan.

Petikan-petikan ini menerangkan maksudnya sendiri:

Kata Yesus kepadanya, “Akulah jalan dan kebenaran dan hidup. Tidak ada seorang pun yang datang kepada Bapa, kalau tidak melalui Aku” (Yoh 14:6)

Karena itu Yesus berkata lagi, “Sesungguhnya Aku berkata kepadamu, Akulah pintu bagi domba-domba itu” (Yoh 10:7)

“Sesungguhnya Aku berkata kepadamu: Siapa yang masuk ke dalam kandang domba tanpa melalui pintu, tetapi dengan memanjat dari tempat lain, ia adalah seorang pencuri dan seorang perampok; tetapi siapa yang masuk melalui pintu, ia adalah gembala domba.” (Yoh 10:1-2)

Yesus berkata lagi kepada mereka, “Akulah terang dunia; siapa saja yang mengikut Aku, ia tidak akan berjalan dalam kegelapan, melainkan ia akan mempunyai terang kehidupan.” (Yoh 8:12)

Karena Allah begitu mengasihi dunia ini, sehingga Ia telah mengaruniakan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak binasa, melainkan beroleh hidup yang kekal. (Yoh 3:16)

Karena itu tadi Aku berkata kepadamu bahwa kamu akan mati dalam dosamu; sebab jikalau kamu tidak percaya bahwa Akulah Dia, kamu akan mati dalam dosamu.” (Yoh 8:24)

“Siapa saja yang tidak menghormati Anak, ia juga tidak menghormati Bapa yang mengutus Dia.” (Yoh 5:23)

“Siapa yang tidak bersama Aku, ia melawan Aku dan siapa yang tidak mengumpulkan bersama Aku, ia mencerai-beraikan.” (Mat 12:30)

“Tidak ada keselamatan di dalam siapa pun juga selain di dalam Dia, sebab di bawah kolong langit ini tidak ada nama lain yang diberikan kepada manusia yang olehnya kita dapat diselamatkan.” (Kis 4:12)

“Sebab siapa yang menyangkal Anak, ia tidak memiliki Bapa. Siapa yang mengaku Anak, ia juga memiliki Bapa.” (1 Yoh 2:23)

Apabila mereka telah membaca petikan ini, bagaimana dapat seorang umat Katolik mempercayai ajaran bahawa semua agama menyembah Allah yang sama, kerana selain Katolik, semua agama enggan melalui Yesus Kristus, satu-satunya perantaraan yang diperkenankan oleh Allah?

Betapa umat ‘Katolik’ telah kerosakan iman kerana mereka tidak lagi mempercayai kata-kata Kristus!

3. Bantahan

Namun begitu, ada sebilangan yang akan berkata: tidak bolehkah kita melihat agama-agama palsu ini sebagai ‘batu pijakan’, untuk membolehkan iman mereka berkembang daripada sebahagian kepada pemerolehan kebenaran yang sepenuhnya?

Tidak kita sangkalkan bahawa sebarang kesilapan masih mengandungi sebahagian kebenaran. Walaupun begitu, kita harus berhati-hati dengan ilusi ini. Fr. Garrigou-Lagrange, O.P. mendedahkan: dalam mana-mana doktrin palsu, kebenaran bukanlah jiwa kepada doktrin itu, tetapi hamba kepada kepalsuan.

Seorang profesor falsafah, Louis Jugnet, menambah:

“Sebenarnya para teologi Katolik tidak menyangkal bahawa sebahagian kebenaran masih dapat dijumpai dalam Protestanism, Judaism dan juga Brahmanism. Tetapi itu bukan persoalannya; sebenarnya adalah penting untuk kita ketahui sama ada kebenaran yang dimaksudkan itu, tidak terkongkong dalam doktrin palsu. Adakah kebenaran yang terselit dalam kepalsuan doktrin itu berada dalam keadaan yang mudah dicapai, bebas dan tidak tercemar? Apa yang kita dapat lihat ialah kebenaran ini adalah sebahagian sahaja, berpecah-pecah dan tidak lengkap, dan kebenaran ini terkurung dalam kesilapan yang ketara dan mencemari kebenaran tersebut. Perkara utama yang menyebabkan kebenaran itu bersifat merosakkan ialah disebabkan sifat kepalsuan yang menolak kebenaran.”

“Sebagai contoh: Judaism dan Islam menegaskan tentang kesatuan Allah (yang sememangnya benar) tetapi penegasan ini dibuat secara sepenuh hati sehinggakan tidak menghiraukan dogma Triniti. Luther menekankan fakta bahawa rahmat sahaja sudah mencukupi untuk justifikasi, formula ini benar: tetapi beliau juga tidak menghiraukan sakramen Katolik. Kant pula melihat bahawa pengetahuan adalah suatu perlakuan, tetapi dia juga melihat bahawa perlakuan ini bersifat buta dan kreatif dan tidak berupaya untuk wujud. Marx turut melihat perkara yang sama tetapi tidak menghiraukan faktor-faktor ekonomi, tetapi memberikannya ruang tidak terhad dan ekskluif.”

“Dalam doktrin-doktrin ini, semua bukanlah palsu secara terperinci, tetapi jiwa kepalsuan mencemari semuanya. Jika kebenaran yang sebahagian itu boleh diterima pakai maka ia boleh dilakukan dengan syarat bahawa kebenaran itu dikeluarkan daripada doktrin palsu (maka, perlu ada kritikan terhadap kepalsuan itu) dan difikirkan semula daripada perspektif lain.”

Tetapi bukanlah lebih elok jika umat bukan Katolik dibiarkan sahaja dalam keadaan yang jahil akan kebenaran? Ini kerana kejahilan sudah mencukupi untuk mereka memperolehi keselamatan kerana mereka tidak boleh dipersalahkan atas alasan ketidaktahuan. Sebaliknya, jika mereka mengetahui akan kewujudan agama benar dan menolaknya, maka penolakan ini akan menyebabkan mereka kehilangan keselamatan.

Pemikiran seperti ini sememang langsung tidak bersifat ‘supernatural’, dan tidak menghormati akal manusia yang diciptakan untuk mengenali dan mengasihi Allah. Seolah-olah ia sudah lupa bahawa garis pemisah antara kejahilan yang disengajakan dan yang tidak disengajakan adalah rahsia Allah untuk setiap orang tertentu. Tergamakkah kita untuk bermain poker dengan keselamatan abadi jiran kita? Akhir sekali, ia juga tidak menghiraukan nasihat daripada Paus Pius XII kepada mereka yang belum lagi menjadi ahli Gereja secara nyata (rasmi). Paus menggalakkan mereka untuk “mencari dan keluar daripada keadaan yang tidak pasti tentang keselamatan mereka. Walaupun mereka memiliki hasrat dan kerinduan yang tidak disedari akan perlunya mempunyai hubungan dengan Tubuh Mistik Penebus, mereka masih tidak memperoleh kurnia-kurnia Surga dan bantuan yang hanya dapat dikecapi oleh mereka yang bersatu dalam Gereja Katolik.”

Kesimpulan

Maka, ia merupakan satu kesilapan terhadap akal dan juga iman Katolik untuk kita membiarkan umat Katolik dan bukan Katolik untuk percaya bahawa kita semua menyembah satu Allah yang sama. Ia bukan cinta kasih kepada mereka yang sesat kerana ajaran ini menyebabkan mereka kekal terkurung dalam kepalsuan. Ia bukan cinta kasih kepada umat seiman Katolik kerana ajaran ini menyebabkan mereka berada dalam keadaan yang bahaya dan akan kehilangan iman Katolik mereka.

Jadi apakah yang mampu kita lakukan?

“Tetapi doktrin Katolik menyatakan dengan jelas bahawa tugas utama cinta kasih bukanlah untuk kita bertolenrasi dengan idea-idea yang palsu, walau seikhlas manapun mereka, mahupun secara teori ataupun amalan tidak mempedulikan (indifferent) akan kepalsuan-kepalsuan yang telah menjebak jiran kita (…) Selanjutnya, walaupun Yesus baik hati terhadap mereka yang berdosa dan kepada mereka yang sesat, tetapi Dia tidak menghormati idea mereka yang palsu, walaupun mereka kelihatan amat ikhlas. Dia mengasihi mereka semua, tetap Dia mengajar mereka agar mereka menjadi pengikut-Nya dan memperoleh keselamatan jiwa.” [St. Pius X, Encyclical Notre Charge Apostolique (Our Apostolic Mandate), August 25, 1910. www.catholicculture.org]

Deo gratias.