Berapakah darjat kelebihan solat berjemaah

#1 – Ganjaran Pahala Berlipat Ganda

Ganjaran pahala bagi solat berjemaah adalah lebih besar berbanding dengan solat secara bersendirian. Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa pahala yang diperoleh oleh sesiapa yang solat berjemaah adalah sebanyak 27 kali ganda;

“Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda).” Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim

#2 – Terlepas Dari Api Neraka Dan Terhalang Menjadi Munafik

Rasulullah s.a.w pernah menjelaskan bahawa golongan yang berjemaah bersama-sama imam dari takbir pertama sehingga ke akhir solat, selama 40 hari dan niat kerana Allah s.w.t, golongan itu akan terselamat dari api neraka dan dari menjadi munafik.

“Sesiapa yang solat kerana Allah selama 40 hari dengan berjemaah dan mendapat takbir yang pertama. Ditulis bagi orang itu dua pelepasan, pelepasan daripada neraka, dan pelepasan daripada menjadi orang munafik.”

Kelebihan Solat Berjemaah

Anda sudah maklum pelaksanaan solat lima waktu sehari semalam adalah tuntutan yang wajib bagi seorang Muslim.

Tetapi, tuntutan solat jemaah yang sangat digalakkan oleh Rasulullah SAW sering anda pandang sebelah mata.

Kenapa ya?

Berapakah darjat kelebihan solat berjemaah

Solat berjemaah adalah solat yang dilakukan secara beramai-ramai. Iaitu sekurang-kurangnya 2 orang; seorang imam dan seorang makmum.

Dalam Islam, hukum pelaksanaan solat jemaah adalah fardhu kifayah. Yang bermaksud, ia wajib ditunaikan oleh sebahagian kelompok masyarakat untuk menzahirkan syi’ar Islam di sesebuah kawasan atau kariah tersebut.

“Alah, solat jemaah nanti takut lambat habis. Ada kerja banyak ni.”

Budaya hidup masyarakat sekarang yang sentiasa kelam-kabut mengejar waktu sering dijadikan alasan untuk tidak ikut serta berjemaah.

Walau sesibuk mana pun anda, jangan sampai lupa untuk menzahirkan nilai syiar Islam. Niat dan usaha untuk menegakkan syiar Islam itu perlu ditanam dalam diri anda. Tidak perlu tunggu orang lain mengajak, anda sendiri boleh mulakan dengan menawarkan diri untuk ketuai solat.

Kenapa?

Kerana besar manfaatnya daripada pelaksanaan solat jemaah ini. Berikut adalah antara 3 sebab dan manfaatnya yang perlu anda ketahui:

Memperoleh pahala berlipat gali ganda

Ganjaran pahala yang dikurniakan bagi seseorang yang melaksanakan solat secara berjemaah adalah berlipat kali ganda berbanding solat secara bersendirian.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Solat berjemaah adalah lebih utama berbanding solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda).

Hadis riwayat Muslim

Menghidupkan sunnah Rasulullah SAW

Pelaksanaan solat secara berjemaah adalah antara amalan yang sangat Rasulullah SAW jaga sepanjang hayat baginda.

Malah, Rasulullah SAW juga ada memberi amaran keras kepada mereka yang meninggalkan solat jemaah di masjid. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Sesungguhnya aku bertekad supaya solat didirikan kemudian aku akan pergi kepada setiap rumah seseorang yang tidak hadir solat berjemaah lalu akan aku perintahkan agar dibakar rumah mereka.

Hadis riwayat Bukhari

Mengeratkan kasih sayang persaudaraan

Berapakah darjat kelebihan solat berjemaah

Pelaksanaan solat secara berjemaah juga dapat mengikat tali persaudaraan antara sesama masyarakat Muslim. Kesatuan yang dibentuk antara masyarakat sesama Islam ini boleh dijadikan sebagai senjata untuk memperkasakan nilai kerohanian dan keimanan. Ini kerana amalan solat secara berjemaah ini penuh dengan himpunan doa dan munajat orang-orang Islam.

Alangkah beruntungnya mereka yang menjadikan solat secara berjemaah ini sebagai amalan harian. Anda boleh klik video di bawah untuk ketahui besarnya ganjaran amalan solat berjemaah ini:

Jadi, ayuhlah kita bersama menghidupkan amalan solat secara jemaah ini. Walau tidak dilakukan di masjid, lantaran perintah dan kawalan daripada pihak yang berkuasa akibat penyakit COVID-19 yang semakin lama semakin menular ini, janganlah anda terus tinggalkan amalan ini.

Anda tetap boleh mengamalkan solat jemaah di rumah bersama ahli keluarga atau di tempat kerja bersama rakan-rakan sekerja.

Berapakah darjat kelebihan solat berjemaah

Jika anda ingin mempelajari Al-Quran, anda dialu-alukan untuk ke Beana HomeQuran. Ia sesuai untuk semua peringkat umur, sama ada kanak-kanak, remaja atau dewasa. Anda boleh saja klik saya nak belajar Al-Quran online! untuk maklumat lanjut.

Semoga dengan perkongsian ringkas ini mampu memberi manfaat buat anda sedikit sebanyak.

Wallahua’lam.

صَلاةُ الرَّجُلِ مَعَ الرَّجُلِ أَزْكَى مِنْ صَلاتِهِ وَحْدَهُ وَصَلاتُهُ مَعَ الرَّجُلَيْنِ أَزْكَى مِنْ صَلاتِهِ مَعَ الرَّجُلِ وَمَا كَثُرَ فَهُوَ أَحَبُّ إلَى اللَّهِ تَعَالَى

  • Solat di masjidil haram dan masjid nabawi lebih baik dari solat di masjid-masjid lain.
  • Solat berjemaah di awal waktu bersama imam lebih banyak pahalanya dari solat berjemaah di akhir solat imam.
  • Fadhilat mendapat takbiratul ihram bersama imam

    من صلى أربعين يوماً في جماعة يُدرك التكبيرة الأولى كتبت له براءتان: براءةٌ من النار وبراءة من النفاق

    – رواه الترمذي وغيره وصححه الألباني.

    Imam Nawawi di dalam kitab majmuknya menyatakan bahawa para ulama berbeza pandangan tentang siapakah orang yang mendapat pahala bertakbiratul ihram bersama Imam:

    1. Pandangan pertama (paling asah): sempat bersama berdiri bersama imam. Tatkala imam bertakbir, maka dia terus bertakbir tanpa melengah-lengahkan.
    2. Pandangan kedua: dikira mendapat pahala takbiratul ihram sekiranya sempat takbiratul ihram sebelum imam membaca fatihah.
    3. Pandangan ketiga: sempat rukuk bersama imam pada rakaat pertama (Imam Ghazali: sekiranya tidak hadir takbiratul ihram imam)
    4. Pandangna keempat: sempat mendapatkan qiam bersama imam (Imam Ghazali: sekiranya tidak menghadiri takbiratul ihram imam)
    5. Pandangan kelima: sekiranya mendapat rukuk bersama imam (dan lalai kerana uzur atau kerana sebab solat seperti berwudhu),maka dapat pahala takbiratul ihram. Sekiranya mendapat rukuk bersama imam tetapi lalai kerana sebab duniawi, maka tidak dapat pahala takbiratul ihram.

    Mengapa solat Jemaah diberikan pahala yang banyak?

    1. Mengambil wudhu dengan sempurna
    2. Berjalan ke masjid dimana satu langkah menghapuskan dosa dan menambah pahala
    3. Ketika solat berjemaah, para malaikat akan memohon ampun untuknya selagimana di dalam solat.
    4. Menzahirkan syiar agama (beramai-ramai dan bersatu hati)
    5. Menguatkan silaturrahim antara muslim ketika bertemu dan bertegur sapa.

    Bilakah seseorang itu mendapat pahala jemaah (dikatakan telah berjemaah)?

    1. Solat fardhu selain jumaat: seorang itu dikira mendapat solat berjemaah sekiranya sempat bertakbir sebelum imam memberi salam (walaupun sekiranya tidak sempat duduk bersama imam di tahiyyat akhir).
    2. Solat Jumaat: sesorang itu dikira mendapat jemaah ketika solat jumaat apabila sempat mendapat satu rakaat bersama solat Imam. Sekiranya kurang dari satu rakaat, maka solat jumaat yang dilakukan tersebut hendaklah disempurnakan empat rakaat seperti solat zohor.
    3. Niat jemaah bagi imam dan makmum:Niat jemaah bagi makmum adalah wajib agar solat jemaahnya sah. Akan tetapi bagi imam, niat jemaah adalah syarat untuk mendapatkan pahala jemaah, dan tidak batal solatnya sekiranya dia tidak niat jemaah.

    Adakah sama pahala orang yang mendirikan jemaah di surau, masjid atau di rumah?

    1. Kelebihan masjid: