Berapa lama darah cabut gigi berhenti

Berapa lama darah cabut gigi berhenti
Ilustrasi Cabut Gigi (sumber gambar: www.dratuljajoo.com)

Oleh: drg. Gelar S. Ramdhani

1. Tanya: Apakah wajar setelah dilakukan pencabutan gigi keluar darah?

Jawab: Sangat wajar! bahkan setelah pencabutan gigi, harus ada darah yang keluar dari lubang bekas pencabutan. Karena jika setelah dilakukan pencabutan gigi tidak ada keluar darah sama sekali (kering), khawatir terjadi komplikasi pasca pencabutan (diantaranya: dry socket). Tetapi anda harus tetap waspada, apabila setelah cabut gigi darah yang keluar sangat banyak.

2. Tanya: Apa yang harus dilakukan apabila terjadi pendarahan setelah cabut gigi?

Jawab: Ketika anda mengalami perdarahan setelah cabut gigi, saya sebagai dokter gigi menyarankan anda tetap tenang, tidak perlu panik berlebihan. Dalam keadaan darurat anda dapat menempelkan es batu pada pipi di sekitar area gigi yang sudah dicabut, suhu dingin biasanya dapat membantu proses pembekuan darah.  Hindari minuman dan makanan panas atau hangat, serta hindari merokok.

Pastikan anda sudah mengikuti arahan atau instruksi dokter gigi, tentang apa saja yang boleh dilakukan dan tidak boleh dilakukan setelah cabut gigi. Apabila anda merasa dalam beberapa jam setelah pencabutan gigi darah anda tidak segera membeku, anda boleh kembali menghubungi dokter gigi yang mencabut gigi anda untuk meminta saran. 

3. Tanya: Bagaimana kalau terjadi perdarahan malam hari, atau praktek dokter gigi yang mencabut gigi anda sudah tutup/tidak dapat dihubungi? 

Jawab: Jika tidak memungkinkan untuk ditunda sampai besok pagi, maka anda dapat segera mendatangi Instalasi Gawat Darurat (IGD) rumah sakit atau klinik 24 jam terdekat, untuk mendapatkan tindakan segera. Akan tetapi apabila memungkinkan ditunda sampai besok pagi, sebaiknya anda kembali ke dokter gigi yang telah mencabut gigi anda, karena dokter gigi yang mencabut gigi anda lebih memahami riwayat pencabutan yang telah dilakukan, obat yang telah diberikan, dan pertimbangan medis tentang pencabutan gigi anda.

4. Tanya: Apakah ada obat khusus untuk menghentikan perdarahan setelah cabut gigi?

Jawab: Ada. Tapi, obat untuk menghentikan pendarahan setelah pencabutan gigi tidak dijual bebas, harus dengan resep dokter. Saya sebagai dokter gigi sangat tidak menyarankan anda mengkonsumsi obat anti pendarahan tanpa resep dokter.

Simak pula tulisan Gelar S. Ramdhani lainnya klik disini
Apakah anda ingin mengetahui profil penulis tulisan ini? klik disini
----------------------------------------------
Yuk tonton aneka video

tentang kesehatan gigi dan mulut
dari drg. Gelar S. Ramdhani klik disini

Kejadian pendarahan berlanjutan selepas cabutan gigi adalah peristiwa yang jarang berlaku, tetapi kerap dilaporkan sebagai salah satu komplikasi cabutan gigi. Ianya boleh disebabkan oleh pelbagai faktor yang boleh dibahagikan kepada faktor setempat dan sistemik.

Faktor setempat:

  • Gangguan kepada darah beku

    Ini biasanya berlaku apabila darah beku dalam soket cabutan tidak stabil. Antara penyebab utama ketidakstabilan ini adalah kumuran mulut yang terlalu kuat, mengganggu soket dengan lidah atau kegagalan mengenakan tekanan yang mencukupi dengan gauze.

  • Tisu hiperimik

    Ini bermaksud tisu yang mengelilingi gigi sangat radang dan bengkak dengan salur darah – salur darah kecil. Justeru itu, selepas cabutan gigi, tisu-tisu ini lebih berkemungkinan untuk berdarah secara berlanjutan

  • Mengambil makanan atau minuman panas

    Di samping berpotensi mengganggu darah beku, suhu yang tinggi ini mungkin menambahkan pengaliran darah dan seterusnya menyebabkan pendarahan berlanjutan.

  • Kes cabutan yang sukar atau lama

    Dalam kes cabutan yang mengambil tempoh yang lama, kecedaraan kepada tisu sekeliling gigi juga akan bertambah yang boleh menyebabkan keradangan yang lebih. Selain daripada itu, kemungkinan berlakunya fraktur soket gigi juga lebih tinggi. Semua ini akan menyumbang kepada insiden pendarahan berlanjutan.

Faktor sistemik:

  • Tekanan darah tinggi

    Pesakit dengan bacaan tekanan darah sebanyak 160/100 mmHg ke atas lebih berkemungkinan untuk berdarah. Ini boleh disebabkan oleh penyakit darah tinggi yang belum dikesan, perasaan cemas berkaitan prosedur ataupun pesakit sendiri lupa mengambil ubat darah tinggi. Cabutan sebolehnya ditunda dan sekiranya perlu, pesakit dirujuk kepada pengamal perubatan untuk mengawal tekanan darah mereka.

  • Pengambilan ubat-ubatan yang mengganggu pembekuan darah

    Semakin ramai individu yang mengambil ubat-ubatan seperti aspirin atau warfarin untuk pelbagai jenis penyakit. Ubat-ubatan ini mengganggu pembentukan darah beku yang stabil and mungkin menjadi salah satu penyebab pendarahan selepas cabutan jika pengamal pergigian tidak prihatin. Kebanyakan mereka tidak memerlukan perubahan kepada pengambilan ubat-ubatan tersebut, namun begitu pengamal haruslah berwaspada dalam kes-kes ynag lebih rumit.

  • Penyakit pembekuan darah

    Individu-individu dengan penyakit seperti hemofilia A atau B (kekurangan beberapa faktor pembekuan darah), trombositopenia (bilangan platelet rendah) berisiko berdarah berlanjutan selepas cabutan sekiranya penyakit tersebut tidak dikenalpasti. Rujukan kepada pakar perubatan am ataupun pakar hematologi adalah perlu untuk memastikan faktor pembekuan darah serta platelet dibetulkan sebelum cabutan dilakukan.

Sesetengah pesakit mungkin tidak sedar bahawa keadaan kesihatan atau ubat-ubatan mereka ada berhubungkait dengan kejadian pendarahan selepas cabutan ini. Oleh itu, adalah mustahak perkara ini dikenalpasti samada dengan pesakit sendiri mengisi boring soal selidik sejarah perubatan atau ditanya oleh pengamal pergigian sebelum rawatan bermula.

Biasanya, pendarahan selepas cabutan berlaku kerana pesakit gagal mengikuti arahan selepas cabutan seperti tidak menggigit pada gauze dengan betul atau seringkali berkumur dan meludah.

Keadaan lazim adalah sebiji darah beku yang besar yang terbentuk menutupi soket cabutan tetapi tidak berfungsi memberhentikan pendarahan. Ini kemudian akan berubah menjadi gumpalan merah berupa jeli yang semakin membesar dengan pendarahan berterusan di bawahnya. Selagi gumpalan ini kekal dalam kedudukan sedemikian, soket tersebut tidak akan berhenti berdarah.

Cara Pengendalian Pendarahan Selepas Cabutan

  • Pengamal pergigian akan mengaplikasi tekanan secara manual pada kawasan berkenaan menggunakan pek gauze. Saiz gauze perlulah kecil supaya hanya melitupi soket cabutan. Gauze yang digunakan boleh dilembapkan supaya darah tidak membeku pada gauze dan darah beku yang terbentuk tidak tertarik daripada soket apabila gauze dikeluarkan.
  • Akan terdapat sedikit darah tercampur dalam air liur. Oleh itu, pesakit tidak perlu terlampau bimbang dengan amaun kehilangan darah yang dialami.
  • Selepas prosedur cabutan, pesakit dinasihati untuk menggigit (bukan kunyah) pada gauze selama 30 minit. Gauze perlu disimpan dalam mulut selama 30-45 minit. Pesakit juga dinasihati mengurangkan percakapan untuk 2-3 jam selepas cabutan.
  • Selepas cabutan surgikal gigi bongsu, pendarahan sedikit mungkin berlanjutan sehingga 2-3 hari. Air liur akan kelihatan bercampur dengan darah berikutan ini.

Ada apa yang boleh dielakkan supaya pendarahan tidak berlaku?

  • Pesakit disarankan supaya tidak merokok untuk sekurang-kurangnya 48 jam selepas cabutan kerana akan mengganggu proses penyembuhan. Merokok boleh mewujudkan tekanan negatif yang boleh menyebabkan darah beku terganggu.
  • Pesakit juga perlu mengelakkan daripada menghisap atau meludah terlalu kerap kerana ini akan mewujudkan tekanan negatif dan menganggu darah beku. Penggunaan penyedut (Straw) selepas cabutan juga tidak digalakkan.
  • Pesakit dinasihati untuk berehat dan tidak melakukan apa-apa aktiviti lasak selama 24 jam selepas cabutan. Ini kerana tekanan darah mungkin naik dan seterusnya menyebabkan pendarahan.

Langkah-langkah yang boleh diambil jika pendarahan masih tidak berhenti

  • Pertama, elakkan daripada berkumur berketerlaluan kerana ini akan mengeluarkan darah beku dari soket.
  • Kemudian, sekeping gauze perlu digigit di kawasan cabutan selama lebih kurang 30 minit. Gauze perlu digigit dengan tekanan yang setara.
  • Secara alternative, uncang teh juga boleh digigit selama 30 minit. Uncang teh perlu dilembapkan dengan air dan kemudiannya dilipat setengah. Asid tannik di dalam teh berfungsi menghentikan pendarahan dengan menyebabkan konstriksi salur darah.
  • Jika tiada kedua-dua gauze atau uncang teh, sapu tangan kapas yang bersih boleh dilembapkan dan digunakan juga. (Jangan sesekali menggunakan kertas tisu atau kapas pada peringkat ini). Gulungkan sapu tangan supaya boleh muat diantara gigi bersebelahan soket. Ia perlulah cukup besar supaya apabila gigi dirapatkan, gulungan ini mengenakan tekanan yang mencukupi kepada soket.
  • Sekiranya pendarahan berterusan selepas tekanan dikenakan selama 30 minit, hubungilah klinik pergigian untuk arahan dan nasihat selanjutnya.

Apa akan berlaku bila berjumpa pengamal pergigian?

  • Pengamal pergigian (sekiranya bukan yang melakukan cabutan) akan biasanya mengambil sejarah peristiwa yang membawa kepada dan selepas cabutan.
  • Beberapa soalan akan ditanya berkenaan penyakit yang mungkin tidak ditanya sebelum cabutan, sebagai contoh samada terlupa mengambil ubat, riwayat penyakit pembekuan darah, tekanan darah tinggi dan sebagainya.
  • Sekiranya penyakit dapat disahkan, rujukan kepada pengamal perubatan yang berkenaan adalah perlu untuk pengendalian lanjut.
  • Jika tiada penyakit dapat dikenalpasti, pengamal pergigian mungkin akan
    • Mencuci dan membersihkan soket gigi untuk mengenalpasti lokasi pendarahan dan membuang gumpalan jeli yang disebut awal tadi.
    • Membuang apa-apa bendasing yang mungkin terperangkap di dalam soket, yang seterusnya akan mengganggu pembentukan darah beku.
    • Penyimpanan dressing hemostatic ke dalam soket dan mengarahkan kamu menggigit pada sekaping gauze pada soket. Dressing ini berperanan sebagai rangka untuk platelet and faktor pembekuan melekat.
    • Beberapa jahitan juga mungkin ditambah sekiranya perlu
    • Pengamal pergigian mungkin memberikan transnexamik asid yang bertujuan menstabilkan darah beku.

Pendarahan yang berlanjutan beberapa hari selepas cabutan

Pendarahan yang berlaku beberapa hari selepas cabutan gigi dikenali sebagai pendarahan sekunder. Ianya disebabkan oleh jangkitan soket yang menyebabkan kehilangan darah beku dan gangguan salur darah dalam tisu granulasi. Sebelum menjahit atau meletak agen hemostatic dalam soket dalam kes pendarahan sekunder, soket perlu diperiksa dengan cermat untuk sebarang bendasing. Antibiotik juga mungkin diberikan kepada pesakit.

Rujukan

  1. http://shwethadental.com/index.php/articles/239-bleeding-after-tooth-extraction
  2. http://www.dental.cam.ac.uk/downloads/dis-post-extraction-bleeding.pdf
  3. http://www.ouh.nhs.uk/patient-guide/leaflets/files%5C110812dentalextractions.pdf
  4. http://www.drbonine.com/stop_bleeding.html