Peribahasa Manakah yang menggambarkan kerjasama dalam kehidupan bermasyarakat?

Jakarta -

Peribahasa adalah ungkapan berisi makna tersirat yang dapat dipahami oleh pendengar atau pembaca karena hidup dalam suatu lingkup budaya yang sama. Dalam KBBI, peribahasa memiliki dua pengertian.

Pertama, peribahasa adalah kelompok kata atau kalimat yang tetap susunannya, biasanya mengiaskan maksud tertentu. Kedua, peribahasa merupakan ungkapan atau kalimat ringkas, padat, berisi perbandingan, perumpamaan, nasihat, prinsip hidup atau aturan tingkah laku.

Melihat pengertiannya, peribahasa dapat digunakan sebagai salah satu cara yang bijaksana untuk menegur seseorang agar orang tersebut tidak tersinggung. Dalam kebudayaan Melayu dan Betawi, peribahasa bahkan digunakan dalam kehidupan sehari-hari.

Dilansir dari buku 'Peribahasa, Puisi, Pantun, Sajak' karya Teguh Indriawan, peribahasa dapat dibedakan menjadi dua jenis, yaitu peribahasa yang memiliki arti lugas dan yang memiliki arti simbolis. Peribahasa yang memiliki arti lugas terdiri dari dua jenis, yakni bidalan dan pepatah, sedangkan peribahasa yang memiliki arti simbolis adalah perumpamaan.

Berikut ini penjelasannya:

1. Bidalan

Bidalan merupakan susunan kata-kata yang mengandung perbandingan, teladan, dan pengajaran. Bidalan telah digunakan secara umum dalam masyarakat Melayu dan seringkali digolongkan ke dalam bentuk puisi karena memiliki rima dan irama.

Contoh bidalan:

Bagai kerakap di atas batu

Hidup segan mati tak mau

Artinya, menggambarkan keadaan seseorang yang serba sulit.

2. Pepatah

Pepatah memiliki pengertian dan bentuk yang hampir sama dengan bidalan. Namun, bedanya pepatah memiliki rangkaian perkataan berkerat-kerat atau berpatah-patah.

Nah, peribahasa jenis pepatah ini memiliki isi yang ringkas, bijak, dan seolah-olah diucapkan untuk mematahkan pernyataan orang lain.

Contoh pepatah:

Sekali air dalam, sekali pasir berubah.

Artinya, setiap kali berganti penguasa, berganti pula peraturan yang harus dipatuhi masyarakat.

3. Perumpamaan

Perumpamaan adalah susunan kata-kata indah, ringkas, dan kemas, serta memiliki maksud yang tersirat. Sama seperti perumpamaan, pepatah memiliki isi yang ringkas, bijak, dan seolah-olah diucapkan untuk mematahkan ucapan orang lain.

Perumpamaan biasanya dimulai dengan kata bagai, ibarat, laksana, seperti, dan umpama.

Contoh perumpamaan:

Bagai duduk di atas bara.

Artinya, seseorang yang sedang mengalami kebingungan dan kebimbangan di dalam hatinya.

Contoh Peribahasa beserta Artinya

Dikutip dari Kamus Peribahasa Indonesia yang ditulis oleh Ready Susanto, berikut ini adalah beberapa contoh peribahasa beserta contohnya yang biasa digunakan dalam percakapan sehari-hari.

1. Kalah jadi abu, menang jadi arang.

Artinya, pertengkaran tidak akan menguntungkan pihak mana pun.

2. Ada air, ada ikan.

Artinya, di mana pun kita berada pasti ada rezeki.

3. Karena nila setitik, rusak susu sebelangga.

Artinya, karena kejahatan atau kesalahan yang kecil, segala kebaikan yang telah diperbuat akan hilang.

4. Berat sama dipikul ringan sama dijinjing.

Artinya, bersama-sama dalam suka dan duka.

5. Besar periuk besar keraknya.

Artinya, semakin banyak pendapatan, semakin banyak pula pengeluarannya.

6. Bagai mendapat durian runtuh.

Artinya, mendapat keuntungan yang tidak disangka-sangka atau tidak dengan bersusah payah.

7. Tak ada gading yang retak.

Artinya, tidak ada sesuatu yang tidak ada cacatnya.

8. Guru kencing berdiri, murid kencing berlari.

Artinya, kelakukan murid (orang bawahan) akan selalu mencontoh guru (orang atasannya).

9. Harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan gading.

Artinya, orang yang berjasa akan selalu dikenang meskipun telah tiada.

10. Sehari selembar benang, lama-lama menjadi sehelai kain.

Artinya, pekerjaan sulit yang dikerjakan dengan penuh kesabaran, lama-lama akan berhasil juga.

Itulah beberapa penjelasan mengenai peribahasa dalam bahasa Indonesia yang perlu siswa ketahui.

Simak Video "Apple Bakal Bikin Siri Berbahasa Indonesia "



(lus/lus)

Bangsa Melayu memiliki ketinggian pemikiran melalui peribahasa yang diungkapkan. Artikel ini akan menerangkan tentang beberapa peribahasa kerjasama dan perpaduan dalam masyarakat Malaysia.

Dalam masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia, pentingnya untuk menjaga kebersamaan dalam masyarakat agar keharmonian antara agama dan bangsa yang pelbagai dapat dijaga.

Ungkapan peribahasa dalam masyarakat Melayu bukan hanya mempunyai nilai pemikiran yang tinggi tetapi juga memupuk perpaduan antara kaum di Malaysia.

Terdapat beberapa jenis peribahasa Melayu tentang perpaduan, masyarakat, muafakat dan kerjasama yang meliputi pepatah, perumpamaan, kata bidalan dan seumpamanya.

BACA JUGA: Senarai Peribahasa Ayam dalam Masyarakat Melayu

1) Bagai Aur Dengan Tebing

Maksudnya: Persahabatan yang sangat baik dan akrab. Mereka saling tolong menolong serta bantu membantu antara satu sama lain.

Peribahasa ini menunjukkan tentang keakraban dan muafakat dalam masyarakat antara sahabat. Ia juga adalah gambaran kepada kebersamaan dalam perpaduan satu sama lain. 

Perkataan Aur bermaksud buluh. Ia hidup dengan suburnya di tepian sungai. Aur memerlukan tebing sungai untuk hidup. Manakala tebing memerlukan akar-akar daripada aur agar tidak runtuh dan mudah hakis oleh air.

2) Di Mana Bumi Dipijak, Di situ Langit Dijunjung

Maksudnya: Mematuhi peraturan sesuatu tempat yang didiami.

Peribahasa ini menggambarkan tentang ketaatan kepada sesebuah negara dan pemerintah. Dalam rukun negara yang kedua dan ketiga iaitu kesetian kepada raja dan negara dan keluhuran perlembagaan adalah tanda kita mematuhi undang-undang yang didiami di Malaysia. Ia adalah adaptasi sosial masyarakat yang perlu diamalkan bagi mewujukan perpaduan antara kaum di Malaysia.

3) Berat Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing

Maksudnya: Suka duka yang sama ditanggung; baik buruk yang dikongsi bersama.

Ungkapan dalam peribahasa ini menunjukkan sikap muafakat dan kerjasama dalam masyarakat yang perlu dilaksanakan. Jika sesuatu perkara yang berlaku seperti kegembiraan ia perlu dikongsi dan diraikan bersama. Begitu juga jika berlaku musibah atau ujian, perlulah ditanggung secara bersama. Sama ada suka atau duka, sama-sama menanggung beban.

Ia merupakan antara peribahasa kerjasama dan perpaduan yang sering digunakan sama ada di peringkat sekolah atau universiti bagi menggambarkan erti tolong menolong antara satu sama lain.

4) Bulat Air Kerana Pembentung, Bulat Manusia Kerana Muafakat

Maksudhya: Kata sepakat yang dicapai dalam kehidupan bermasyarakat.

Ini adalah gambaran kepada kepada kerjasama dan muafakat dalam kehidupan bermasyarakat yang dibuat melalui perbincangan, mesyuarat dan seumpamanya. Sesuatu keputusan dapat dibuat seandainya semua orang memberikan kerjasama yang penuh dalam membuat keputusan. Ia adalah bentuk perpaduan erat yang tinggi tanpa wujudnya perbalahan terhadap isu-isu setempat.

5) Duduk Sama Rendah, Berdiri Sama Tinggi

Maksudnya: Sama taraf. Tiada kasta atau diskriminasi dari segi pangkat, kedudukan dan seumpamanya.

Dalam kehidupan yang bermasyarakat, perlu wujudnya amalan duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi bagi mengeratkan perpaduan antara satu sama lain. Apabila perkara ini dapat diwujukan, tiadalah jurang dari segi pangkat, kedudukan dan harta sama ada orang yang berharta, berkedudukan, yang mempunyai pangkat dan sebagainya. Ini adalah bentuk kesamarataan dalam masyarakat yang boleh dipupuk di Malaysia.

6) Hati Gajah Sama Dilapah, Hati Kuman Sama Dilepah

Maksudnya: Pengagihan yang sama banyak antara satu sama lain.

Peribahasa ini menunjukkan pemuafakatan dan kesamarataan dalam pembahagian sesuatu. Ia melibatkan seperti keuntungan, rezeki, habuan dan sebagainya yang dikongsi bersama. Jika banyaknya habuan, diberi sama banyak, jika sedikit yang diterima ia tetap dikongsi bersama

7) Di Mana Ada Kemahuan, Di Situ Ada Jalan

Maksudnya; jika kita berhasrat kepada sesuatu perkara, pasti ada cara untuk mendapatkannya.

Jika seseorang mempunyai azam serta kemahuan untuk mencapai sesuatu perkara, pastinya kita akan sedaya upaya mencari jalan tersebut. Ini adalah suatu sikap dan semangat untuk mencapai sesuatu. 

Jangan pernah memberi alasan untuk berjaya. Tidak ada perkara yang mustahil bagi seseorang yang mempunyai tekad untuk mencapai sesuatu kejayaan.

8) Kalau Takut Dilambung Ombak, Jangan Berumah Di tepi Pantai

Maksudnya: Sekiranya takut akan kesusahan, tidaklah perlu membuat perkara atau pekerjaan yang sukar.

Peribahasa ini adalah adaptasi sosial dalam masyarakat. Ia melambangkan keberanian dalam membuat sesuatu perkara. Namun, sekiranya khuatir terhadap sesuatu risiko atau kesusahan janganlah dilakukan perkara itu. Apa yang pasti, sekiranya kita berjaya mendepani risiko tersebut, sudah pasti hasilnya adalah sesuatu yang begitu memberangsangkan.

9) Ibarat Telur Sesangkak, Pecah Sebiji, Pecah Semua

Maksudnya: Bersatu hati. 

Peribahasa lain yang sama maksud dengan peribahasa ini ialah “seperti telur dua sebandung, pecah satu pecah keduanya”.

Ini adalah gambaran perpaduan dan bersatu hatinya masyarakat. Ia umpama telur yang berada dalam sangkak (sarang), apabila satu pecah yang lain turut sama pecah.

Peribahasa ini juga sama maksud dengan cubit paha kanan, paha kiri terasa.

10) Hujan Emas Di Negeri Orang, Hujan Batu Di negeri Sendiri, Lebih Baik di Negeri Sendiri

Maksudnya: Walaupun negeri orang lain mewah dan makmur, namun negeri sendiri juga yang lebih baik. 

Peribahasa ini mempunyai nasihat yang berunsurkan patriotik dan cintakan negara. Ia adalah jati diri dan semangat patriotisme kepada negara sendiri walaupun negara orang lain hebat dari segi kemewahan.

11) Masuk Kandang Kambing Mengembek, Masuk Kandang Kerbau Menguak

Maksudnya: Apabila seorang berada di tempat  atau negara orang, dia perlu mengikut adab atau peraturan tempat tersebut. 

Peribahasa ini mempunyai maksud yang sama dengan “Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung”. 

Peribahasa ini menunjukkan seseorang yang pandai menyesuaikan diri dengan persekitaran. Apabila seseorang itu pergi ke sesuatu tempat dia memahami tatacara budaya tempatan. Ini menunjukkan ia berjaya berjaya mengadaptasi kehidupannya berdasarkan suasana setempat. 

12) Bersatu Teguh, Bercerai Roboh 

Maksudnya: Semangat penyatuan serta perpaduan yang menyebabkan sesuatu masyarakat itu akan kukuh. Sebaliknya jika berpecah-belah pula, masyarakat itu akan hancur.

Peribahasa ini selalu digunakan bagi menunjukkan semangat perpaduan dalam masyarakat, apabila kita bersatu, sudah pastilah ia akan berdiri dengan teguh. Manakala, jika berlaku perpecahan, akan menyebabkan porak poranda dalam masyarakat.

13) Biar Mati Anak, Jangan Mati Adat

Maksudnya: adat atau undang-undang yang tidak boleh dilanggar. 

Peribahasa ini mempunyai pelbagai tafsiran. Namun dalam konteks peribahasa perpaduan dan kerjasama di Malaysia, ia merupakan nasihat dan ketaatan kepada undang-undang negara. 

14) Berakit-Rakit Ke Hulu, Berenang-Renang Ketepian, Bersakit-sakit Dahulu Bersenang-senang Kemudian

Maksudnya, bersusah payah terlebih dahulu sebelum mencapai kesenangan di kemudian hari.

Peribahasa ini adalah adaptasi dalam masyarakat agar perlu bersusah dahulu sebelum mencapai kejayaan. Kejayaan tidak akan tercapai dengan sendirinya tanpa usaha. Usaha yang bersungguh-sungguh pada awalnya pasti membuahkan hasil di kemudian hari.

15) Air Dicincang Takkan Putus

Maksudnya: Perselisihan di antara adik beradik yang tidak kekal lama. Akhirnya berbaik semula.

Peribahasa ini sangat sinonim tentang keakraban sesuatu hubungan kekeluargaan. Ia umpama air yang dicincang ataupun ditetak. Kesannya sekejap sahaja. Selepas itu air tersebut akan kembali bercantum. Begitulah juga dalam hubungan dan kasih sayang antara adik beradik. Walaupun berlaku pelbagai perselisihan, akhirnya semua akan berbaik-baik kembali.

16) Sakit Sama Mengaduh, Luka Sama Menyiuk

Maksudnya: Sama-sama bertanggungjawab

Ia adalah gambaran sikap masyarakat yang sama-sama bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu perkara. Peribahasa ini membawa tema perpaduan iaitu sama ada susah atau senang dikongsi bersama.

17) Bagai Isi dengan Kuku

Maksudnya: Hubungan yang sangat erat.

Peribahasa ini mempunyai maksud yang sama dengan “Bagai Aur dengan Tebing”.

Perumpamaan yang digambarkan dalam ungkapan peribahasa ini bermaksud sangat dekat seperti isi dan kuku. Ia tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain. Sekiranya dipisahkan akan menyebabkan kesakitan.

Kebiasannya peribahasa ini selalu digunakan dalam erti persahabatan yang sangat erat.

Ia sukar untuk dipisahkan sama lain. Umpama juga cubit paha kanan, paha kiri akan terasa. Begitulah eratnya nilai persahabatan.

18) Serumpun Bak Serai, Sesusun Bak Sirih

Maksudnya:  Amalan hidup saling muafakat yang tidak berpecah belah.

Dalam masyarakat Malaysia, peribahasa ini menggambarkan hidup bersatu-padu dalam masyarakat samaada melalui ahli keluarga, jiran tetangga,  komuniti setempat dan masyarakat sekitarnya.

Nilai-nilai murni bermasyarakat yang boleh ditonjolkan melalui peribahasa ini adalah begitu tinggi sekali. Ia boleh diadaptasikan melalui gotong-royong, majlis perkahwinan, kenduri kendara atau aktiviti sosial yang lain..

19) Bukit Sama Didaki, Lurah Sama Dituruni

Maksudnya: Perhubungan yang sangat karib yang sukar untuk dipisahkan. 

Peribahasa ini mempunyai nilai tanggung jawab seorang kawan terhadap kawannya yang lain. Perhubungan yang sangat mesra dan akrab ini sukar untuk dipisahkan. Mereka mengharungi kesusahan dan juga kegembiraan secara bersama. 

20) Kalau Tidak Dipecahkan Ruyung, Manakan Dapat Sagunya

Maksudnya: Sesuatu cita-cita mahupun kejayaan itu tidak akan tercapai sekiranya tidak berusaha. 

Peribahasa ini hampir sama maksudnya dengan “Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang”.

Peribahasa ini memberikan gambaran bahawa jika kita inginkan kepada sesuatu, kita perlu berusaha untuk mendapatkannya. Jika tanpa usaha, mana mungkin wujudnya kejayaan. 

21) Biduk Lalu Kiambang Bertaut 

Maksudnya: Orang yang bertelingkah (berkelahi) yang kemudiannya berbaik semula.

Peribahasa ini kebiasannya merujuk kepada kepada perkelahian antara saudara mara yang akhirnya kembali bersatu. Ia sememangnya selalu digunakan dalam masyarakat kerana sering berkait dalam kehidupan seharian.

Terdapat banyak peribahasa lain yang mempunyai maksud yang sama dengan peribahasa ini seperti “Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum jua”.

22) Berkelahi Di hujung Batang, Berbaik di Pangkal Batang 

Maksudnya: Orang yang bertengkar atau berbalah yang akhirnya berbaik kembali.

Peribahasa ini juga sama maksud dengan peribahasa sebelum ini yang membawa gambaran setiap perselisihan yang membawa kepada penyatuan kembali.

23) Kalau Kail Panjang Sejengkal, Lautan Dalam Jangan Diduga

Maksudnya: kalau ilmu pengetahuan seseorang itu masih cetek, tidak perlu menunjukkan kebolehan atau lagak serta sombong.

Peribahasa ini adalah gambaran agar sentiasa merendah diri berdasarkan kedudukan dan kemahiran ilmu yang ada.

Jangan memandai-mandai untuk menunjukkan kebolehan yang tinggi sedangkan ilmu yang ada masih lagi rendah. Ia umpama jika ingin pergi ke lautan dalam, mestilah membawa jenis kail yang sesuai dengannya. Bukannya kail yang hanya panjang sejengkal.

24) Kacang Lupakan Kulit

Maksudnya: seseorang yang lupa asal- usul atau lupa jasa orang lain terhadapnya. Atau juga  seseorang yang lupa pada mereka yang pernah menolongnya.

Peribahasa ini memberi gambaran kepada seseorang yang tidak mengenang budi. Ini melibatkan pertolongan, bantuan dan seumpamanya. Ia juga boleh merujuk apabila seseorang itu sudah senang, ia lupa asal usulnya umpama kisah si tanggang. 

25) Sudah Terhantuk Baru Terngadah

Maksudnya: Sudah mendapat kesusahan baru teringat.

Peribahasa ini menunjukkan kesedaran dalam masyarakat. Ia juga berunsurkan nasihat bagi mereka yang lalai dan cuai dalam sebarang tindakan. Ia juga sesuai ditujukan kepada mereka yang sombong dan angkuh. Kebiasannya orang tersebut akan mengalami kerugian.

Banyak perkara yang kita boleh pelajari daripada ungkapan ini. Ia menyarankan agar tidak melakukan kesalahan yang boleh merugikan diri sendiri.

Sikap berhati-hati juga perlu wujud dalam melakukan sebarang tindakan supaya tidak menyesal di kemudian hari.

26) Sesat Dihujung Jalan, Balik Ke Pangkal Jalan

Maksudnya: Jika tersalah dalam sebarang tindakan, hendaklah menginsafi dengan segera.

Peribahasa ini menganjurkan agar bermuhasabah diri sekiranya melalukan kesalahan dalam perbuatan. Apabila ia mengetahui salah dalam tindakannya, perlu segera insaf dan kembali ke pangkal jalan.

Unsur nasihat dalam ungkapan ini juga menyarankan agar memperbetulkan langkah dan perbuatan seandainya tersalah dalam melakukan sebarang tindakan. Kita perlu meneliti semula apakah kesalahan yang dilakukan dan berazam agar tidak mengulanginya lagi.

27) Buat Baik Berpada-pada, Buat Jahat Jangan Sesekali

Maksudnya: buat sesuatu dalam keadaan sederhana.

Dalam melakukan sesuatu pekerjaan, hendaklah dilakukan dalam keadaan yang bersederhana. Peribahasa ini juga sarat dengan nasihat di mana jika hendak menolong seseorang biarlah mengikut kemampuan diri sendiri dan tidak berlebih-lebihan. Bahkan dalam ungkapan kedua, kita dinasihatkan agar tidak sesekali melakukan sebarang perkara buruk dan jahat.

Peribahasa ini juga menggesa kita agar sentiasa berhati-hati dalam sebarang tindakan. Walaupun berbuat baik itu digalakkan, namun kita dinasihatkan supaya mempunyai sempadan dalam tindakan. Ini agar tidak terjerumus kepada perbuatan jahat yang boleh memakan diri.

Adakah anda sering keliru dengan penggunaan perkataan dalam bahasa Melayu? Jom semak senarai perkataan ini. Apakah selama ini kita menulis dengan betul?

Senarai Ejaan Yang Betul Dalam Bahasa Melayu Yang Sering Kita Keliru

Jom sertai Channel Telegram TheInspirasi untuk lebih banyak tips-tips, perkongsian dan artikel menarik

Peribahasa Manakah yang menggambarkan kerjasama dalam kehidupan bermasyarakat?
Klik SINI untuk join

JANGAN LUPA LIKE PAGE THEINSPIRASI