Apa maksud akta dan enakmen

23 01 2012

Apa maksud akta dan enakmen

Salam Bai’ah,

Sukalah saya nak berkongsi kepada pembaca sikit takrif dan
kefahaman secara umum berkenaan istilah undang-undang.

Istilah undang-undang seperti juga konsepnya istilah Fiqh yang terdapat di dalam pengajian syariah, iaitu ada maksud tertentu, ada huraian maksud yang tertentu, ada tafsiran yang mesti dirujuk secara tepat, dihafal dan difahami.

Apa itu Akta ?

Akta adalah  ungkapan asing yang dari perkataan
iaitu ‘act’ yang bermaksud akta.

Di Malaysia, akta bermaksud sebarang undang-undang yang digubal, dipinda, dibahas dan diwartakan sebagai undang-undang yang diguna

pakai di Negara Malaysia yang dibuat oleh Dewan Rakyat [parlimen].

Apa itu Enakmen ?

Enakmen bermaksud sebarang undang-undang yang digubal,
dipinda dan dibahas didalam Dewan Undangan Negeri [DUN] pada  negeri-negeri semenanjung serta sabah selepas kemerdekaan yang dibuat oleh masing-masing.

Apa itu Ordinan ?

Ordinan bermaksud sebarang undang-undang yang digubal,
dipinda, dan dibahas yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri [DUN] Sarawak,
serta Sabah pada sebelum kemerdekaan.

sekian,

halis fansuri

AKTA-undang-undang yang digubal,dipinda, dibahas dan diwartakan sebagai undang-undang yang diguna

pakai di Negara Malaysia yang dibuat oleh Dewan Rakyat [parlimen].Diluluskan oleh parlimen selepas 1959 hingga kini.

Berikut adalah perbezaan antara akta Enakmen dan Akta Ordinan:

Apa maksud akta dan enakmen

DISEDIAKAN OLEH NUR SYAZIAH NASRIN BINTI MOHD SAPIAN


Page 2

AKTA” adalah undang-undang yang diperbuat oleh Parlimen Malaysia iaitu badan perundangan negara di peringkat Persekutuan. Undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen dan menerima perkenan DiRaja (“Royal Assent”) dikenali sebagai “AKTA” bermula daripada 10 September 1959 sehinggalah sekarang. 

 Bagi undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen Malaysia daripada 1 April 1946 sehingga 10 September 1959, undang-undang tersebut dikenali sebagai “Ordinan”.

 Contoh Akta yang diperbuat oleh Parlimen Malaysia adalah:

(a) Akta Polis 1967;

(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988;

(c) Kanun Tanah Negara (Akta 56);

(d) Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593).

ORDINAN” adalah undang-undang yang diperbuat sama ada oleh:

 (a) Yang Di-Pertuan Agong ketika pengisytiharan darurat dibawah Fasal 150(2) Perlembagaan Persekutuan; atau

(b) Parlimen di peringkat Persekutuan daripada 1 April 1946 sehingga 10 September 1959 (dahulu dipanggil sebagai Federal Legislative Council); atau

(c) Dewan Undangan Negeri Sarawak daripada pra 16 September 1963 sehingga kini; atau

(d) Dewan Undangan Negeri Sabah sehingga 16 September 1963 dan selepas itu Fasal 26 (2) Perlembagaan Negeri dipinda dengan menamakan undang-undang diperbuat oleh Dewan Undangan Negeri sebagai “Enakmen”. Seksyen 3 Enakment Tafsiran dan Klausa Umum 1963 juga mentafsirkan Enakmen sebagai undang-undang yang diperbuat oleh Dewan Undangan Negeri.

Kini, penggunaan nama “Ordinan” bagi undang-undang yang diperbuat oleh Parlimen Malaysia dan DUN Sabah tidak lagi dipakai kecuali negeri Sarawak masih mengekalkan pemakaian “Ordinan” bagi setiap undang-undang yang diperbuat oleh DUN Sarawak.

 Contoh Ordinan yang diperbuat oleh Yang-Dipertuan Agong adalah:

 (a) Emergency (Public Order and Prevention of Crime) Ordinance 1969 – telah dimansuhkan pada tahun 2013

 Contoh Ordinan yang diperbuat oleh Parlimen adalah:

 (a) Prevention of Crime Ordinance 1959 – telah dipinda pada tahun 1983 dengan menamakan semula sebagai Prevention of Crime Act 1959.

 Contoh Ordinan yang diperbuat oleh DUN Sabah adalah:

 (a) Administrative Divisions Ordinance Cap. 167

(b) Adoption Ordinance 1960

 Contoh Ordinan yang diperbuat oleh DUN Sarawak adalah:

(a) Administrative Areas Ordinance 2007

(b) Inquests Ordinance 1937

ENAKMEN” adalah undang-undang yang diperbuat oleh badan perundangan negeri dikenali sebagai Dewan Undangan Negeri bagi semua negeri-negeri di Malaysia kecuali Sarawak. Sabah mula menamakan undang-undang negeri sebagai Enakmen selepas 16 September 1963 iaitu selepas Fasal 26 (2) Perlembagaan Negeri dipinda dengan menamakan undang-undang diperbuat oleh Dewan Undangan Negeri sebagai “Enakmen”.

Contoh Enakmen yang diperbuat oleh DUN Sabah adalah:

 (a) Animal Enactment 2015

(b) Fatwa Enactment 2004

(c) Old Age Assistant Enactmen 1982

PERATURAN” adalah undang-undang subsidiari/kecil diperbuat oleh badan eksekutif (seperti Menteri, Majlis Daerah, Lembaga dan lain-lain) di bawah kuasa yang diwakilkan kepada mereka oleh Parlimen atau Dewan Undangan Negeri melalui Akta ibu. Ciri-ciri utama undang-undang subsidiari ini adalah undang-undang subsidiari tidak boleh melangkaui had yang telah ditetapkan oleh Akta ibu dan hendaklah diwartakan (gazette) sebagai pemberitahuan umum.

Contohnya, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 sebagai Akta ibu memberi kuasa kepada Menteri untuk memperbuat Peraturan yang difikirkan perlu oleh Menteri. Contoh peraturan-peraturan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 ini adalah Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No.4) 2020.